Senin, 30 Juli 2012

ariel bebas bersyarat

Ariel Peterpan Dibebas Bersyarat Hingga 2013

on Tuesday, July 24, 2012
ARIEL, diiringi anggota polis, keluar dari Penjara

BANDUNG (Jawa Barat) – Vokalis band Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham akhirnya dibebaskan dari penjara pada hari ketiga umat Islam menyambut Ramadan semalam selepas bergelar banduan selama dua tahun akibat penglibatannya dalam kes pengedaran video tidak senonoh.

Pembebasan penyanyi berusia 31 tahun itu dari penjara Kebon Waru di sini pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) itu diputuskan selepas Ariel berkelakuan baik sepanjang dipenjarakan bermula 31 Januari tahun lalu serta selepas dia membayar denda sebanyak Rupiah 250 juta (RM84,000).

Pembebasan Ariel itu bagaimanapun secara bersyarat dengan peringatan dia tidak boleh mengulangi perbuatannya serta diwajibkan melapor diri ke penjara setiap bulan sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

Mengikut hukuman sebenar, Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Daerah Bandùng.

Berita pembebasan Ariel mendapat reaksi luar biasa daripada ratusan peminatnya yang mengerumuni pekarangan penjara sehingga berlaku kesesakan teruk.

Dalam ucapan ringkas di hadapan peminat, Ariel berkata: “Terima kasih kerana terus menyokong saya sekalipun saya sudah bersalah. Tapi yang pastinya pembebasan ini bersyarat dan saya tahu akan ada laporan perlu dibuat setiap bulan dan prosedur lain.”

Ariel juga dilarang terlibat dalam konsert di luar Indonesia sepanjang tempoh pembebasan bersyarat itu
Dari penjara Kebon Waru, Ariel kemudian dibawa ke pejabat Pendakwaraya Bandung untuk menandatangani dokumen serta mendengar syarat-syarat pembebasannya.

Kes pengedaran video  tidak senonoh yang melibatkan Ariel dengan dua artis wanita popular republik itu, Luna Maya dan Cut Tari mencetuskan kegemparan apabila ia mula diedarkan sekitar Jun 2010.


Berikutan itu, Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 dan menjalani sidang mahkamah sebanyak 14 kali.
Sepanjang persidangan mahkamah, dia tidak pernah mengaku melakukan perbuatan itu selain sering memberikan jawapan yang berbelit.

Kes pertama seumpamanya di Indonesia yang dibawa ke pengadilan itu mula dibicarakan di mahkamah pada 22 November 2010.

Pada 13 Disember tahun yang sama, Cut Tari yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan mengaku di mahkamah yang dia merupakan pasangan yang mengadakan hubungan  dengan Ariel dalam video itu.
Luna Maya pula pada 20 Disember 2010 menafikan di mahkamah dia merupakan pasangan wanita dalam video tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar